Ahad, November 06, 2011

Takbir Raya



Alhamdulillah, dapat bertemu lagi dengan raya korban pada tahun ini, cuma bezanya, tahun ini cume sambut hari raya di tempat orang,, biaselah anak dagang la katakan,, hehe..
Selagi jadi perantau, selagi tu la kena belajar duk jaoh-jaoh kan.. ok ! apa yang special ngan Raya Korban aka Raya Haji nie ek?? haa.. kalo nak cerita memang tersaaannngatlah banyak kan3..

Tapi kali nie nak cerita pasal takbir raya jer.. haa,, nak tao dak?? nak tunggu jawapan korang memang lambat lah kan.. nak kongsi ilmu sket dari ku yang x berape nak berilmu nih.. Raya AidilAdha kte bleh takbir raya selama 4 hari berbeza dengan Aidilfitri.. yelah, kan setiap kali nak wat korban kte digalakkan bertakbir..




soklan yang  sempat saya tanya pada Ustaz Azhar Idrus di Page beliau kat Fesbuk..
Alhamdulillah,, ade respon.. hehe



ok ! lafaz takbir raya,, mesti sume dah tahu kan camne.. tapi xpe,, alang-alang tuh, jum tengok dan bace lafaz takbir raya kat bawah nie k !


Teks Takbir 



Dan sama-samalah kita mendengar dan melaungkan Takbir Raya sempena dengan sambutan Hari Raya AidilAdha yang baru bermula pada hari ini..

 
 

Sekian saja untuk kali ini,, 

Salam Perantauan :: SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
selamat menjalani ibadah korban~

Sabtu, November 05, 2011

Diari KorbanKu .



Tadi
, suatu petang sebelum hari raya.. oh,, esok nak raya..
tapi ! tapi arghh ! tapi aku !! ah, masih di sini.. di negeri rantau orang.. jauh dari desa sendirik..
setelah boring kelepakan sorang2 dalam kebilikan.. warghh,, boring gilak..
tgah syok2 mengeliat.. "aik ! hoho, best nie !" aku ternampak kunci motor.. moto kawan, dye tingal kasi pinjam.. haha..

Terus aku capai kunci tu, ahh, takkan aku biarkan ia kesepian di situ.. sebelum hari bertambah gelap, sebelum ade yang lebih ramai nak pinjam, sebelum aku tersadung tidur sampai ke senja, sebelum raksasa datang nak pijak aku.. "eh ! ape lak nie??" arghh,, mimpi lagi.. "Cepat ! amik kunci tu !!" bentak jantung aku.. terus kunci itu kucapai.. bergegas ke arah moto yang setia menanti..



Motor yang setia menunggu di ruang parking yang tak berbumbung tu seakan mengerti perasaan aku.. "ya ! aku pasti kau pun boring duk kat sini.. meh aku bawak ko pegi jalan-jalan"  bisik aku pada side mirror sambil mengosok lembut kusyen nye.. (moto orang kene ramah sket beb, buatnye rosak, naye, hoho)



********************

Pukul 6 petang,, aku sampai balik masuk ke area ipg nie,, dah puas pergi maen pusing-pusing kawasan Yawata.. sejurus saja moto aku melalui jalan kecil untuk ke pintu pagar utama kolej, 

"eh, cam kenal lak"

ternampak aku pada tiga makhluk yang sedang tekun memanjat pagar ipg.. oh, rumate ngan classmate aku rupanya..  depa ni mesti nak p sewa kereta, sbb esok nak p beraya kat umah mentor kami.. nasib baeklah ade mentor yang menjadi keluarga kami di sini..hehe.

sambung..


Arghh,, biaring mereka dengan kerja nya... kuteruskan perjalanan yang masih berbaki untuk sampai ke blok kolej..  minyak motor kupulas sekuat mungkin.. mengcanang motor memkentutkan asap dari ekzosnya.. seusai saja melepasi pondok guard, tiba-tiba telinga aku dapat menangkap satu irama indah. dari kejauhan,, sayup-sayup kudengar suara itu..

laa, sape la pulak pasang takbir raya nie??
shahdu aku petang-petang nie..



**************************

Selesai park motor, aku berlari-lari anak menuju ke bilik.. ah akhirnya.. rilex sekejap tenang jiwa yang makin shahdu nie,, huhu,, "nampaknya beginilah episod aku tahun nie, beraya di perantauan" bisik ku dalam hati.

terasa macam nak online fesbuk.. ku kejutkan laptop dari sleep nya.. terus pantas jari menaip password .. tapi,, baru jer online.. arghh, stress aku.. tak ada cerita lain, semua pakat duk update status raya.. weii, raya esoklah bukan hari nie.. hadoi !! sedih esok la wei, simpan dulu..

***************************

selesai maghrib, ade sorang brader nie ajak pergi merayau membeli belah pulak.. beli belah raya katanya.. apalagi, aku memang suke buat kerja-kerja memcabar nie, menghabiskan duit.. terus follow.. seusai saja memghabiskan duit, kami keluar dengan muka tamak.. tapi.. err, tapi lagi..

"alamak ! hujan la pulak"

Oleh sebab kenderaan kami yang sememangnya sedia tidak beratap itu,, maka terpaksalah kami menunggu lagi sehingga reda hujan.. sepenggu aku di situ.. lagi sekali ! lagi sekali aku dengar takbir raya,, aduh, menusuk kalbu.. tatkala hujan dah sampai ke titik-titik akhir.. terus kami memecut kenderaan hikmat kami sekuat mungkin.. bagai diruntun taufan,, kami tetap membelah malam itu dengan tekun.. namun, suratan sudah tertulis.. lagi sekali aku dapat sampai ke bilik dengan jayanya.. yeahh !!

malam tuh, aku termenung sendirian dalam bilik sambil mengenang semua yang terjadi tadi.. Air mata aku tak mampu bertahan lagi.. mengalir deras seperti air terjun lata belatan yang xpernah berenti tuh.. air hidung apatah lagi,, aku yang sememangnya sedia selsema sepanjang study week nie.. arghh, aku dah korbankan satu yang berharga untuk raya korban kali nie.. cutiiiiiiiiiiii..

ak korbankan cuti untuk final exam kat sini..
first time beraya di perantauan~

:: begitulah cerita seorang sahabat yang diceritakan oleh sahabat kepada sahabatnya kepada aku..


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
 

Khamis, Oktober 06, 2011

Penterjemah yang Baek !



Hahaha.. malas nak cakap banyak ! jum usha lawak Google translate ni sat..
Tak sangka lak aku yang En. Google nie lucu gak.. kakaka

nie nama artis yg sempat aku print screen..












yang Faizal Tahir ngan Ramlah Ram ak paling xbleh bla..haha.
bole pulak jadi christina aguilera ngan John Cena..haha..



Kelakarlah lah ko nie Google~
mungkin ade betul jugak kata peribahasa moden omputeh nie :

"Unless your name is Google, stop acting like you know everything"


                                                                                                                   ~sekian~

Jumaat, September 23, 2011

Kehidupan dan Kematian~



Entri kedua aku pasal burung. tapi kali nie bukan lagi pasal burung angry bird tu.. Nie cerita pasal hubungan dalam kehidupan sang burung yang tidak kesampaian~



"BURUNG KEMATIAN KEKASIH"

seekor burung betina luka parah


si jantan datang membawa makanan dan merawat 


namun sang kekasih akhirnya mati, betapa sedihnya sang burung ditinggalkan.
mengoyang tubuh yang kaku untuk menyedarkannya.


akhirnya sang burung sedar yang kekasihnya telah terbujur kaku..


ia berdiri di sampingnya, meraung-raung. merasakan nestapa ditinggalkan sang kekasih.


pasrah~ 


Entri paling jiwang penah aku tulis..huhu
dedicate kpd semua makhluk..
membuktikan betapa pentingnya kehidupan walo kpd makhluk apapun..
Semoga semua makhluk berbahagia ~






Khamis, September 15, 2011

Burung Marah !


Anda suka maen games ANGRY BIRD?
sapa x kenal angry bird? daa jadi satu fenomena skrang nie.. 
anda rasa angry bird nie betui-betui wujud ke?
bagi aku, angry bird ni seekor burung yang cute..
maybe macam nie kot rupa burung ni kalo betul2 wujud.. ;)



BEHOLD ! A REAL LIFE ANGRY BIRD !

Rabu, Ogos 31, 2011

KL Gansterz !



KL Gansters datang lagi.. kali ini pembaharuan dilakukan.. Saksikan KL Gansters versi komik !!


episod kedua~



episod Tai-Tai~



Hahaha.. LOL.. pecah perut gelak2 baca komik ne~

Selasa, Ogos 30, 2011

MerDekaRaya !


Salam hari Raya buat semua umat Islam seantero dunia.. 
Tahun nie, raya disambut sekali dgn smbutan kemerdekaan. rasanya tahun nie pertama kali kite di Malaysia smbut raya serentak dengan merdeka.. Feel merdeka mmg dah tngelam teruq daa kerna penangan raya nie..huhu..

MALAYSIA DIAMBANG PERANG ??!!


Bunyi letupan daa mula kedengaran.. mmg misterious.. 
Daa bnyak yang cedera.. tak kira ar ringan, teruk, or parah sekalipon.
Ada yg daa mula hilang anggota.. JARI HILANG !!  TANGAN HANCUR !!
Memang dashyat giler..
                                           
  Jangan Risau !

Nie bkn perang betul2.. tapi.......



Nie sume hanyalah angkara meriam buluh dan segala jenis bahan letupan yg seangkatan dengannya..

Jadi?? Maksudnya??

Alarh, xyah risau ar.. bkan perang betul2..
diorang yang cari pnyakit jew maen perang nie.. huhu.. (aku pun maen gak)..
tu sume gimik je lar..


**********************************************************************************


Hari Raya dan Merdeka
dua2 membawak simbol kemenangan..

-->  kemenangan dalam perjuangan melawan segala jenis nafsu selama sebulan Ramadhan..

--> kemenangan perjuangan menentang pertualang.. bebas daripada penjajah.

Mungkin ada yang x ingat tahun keberapa kite merdeka kali nie.. dan ada yang xtahu tema pada tahun nie.
actually, aku sndiri pun xtahu apa tema taon nie.. nasib baek la ada enjin carian google nie..
search je.. jadi, Tahun nie merdeka kali yang ke-54 dan bertemakan 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.


*********************************************************************************

Akhir sekali, saya warga kerja Oh My Blog ! ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin, maaf zahir n batin.. Dan juga selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke-54 kepada semua rakyat Malaysia yang membaca entri ini.. Trimas~




                                                                                                                      ~sekian~

Jumaat, Ogos 05, 2011

Mencipta Tulisan Biru



Masih ingatkah dengan entry saya yang lepas tentang kerenah tulisan biru yang menjadi-jadi di fesbuk.? Baiklah, kali ini saya akan berkongsi cara bagaimana untuk menjadikan status ataupun komen anda boleh bertukar menjadi biru dengan tanpa perlu untuk meng'LIKE' begitu banyak page-page merapu.. Jum usha..hehe.



      First of all, korang kena pastikan korang like 1 page nie dulu untuk lebih menjamin masa depan tulisan biru korang.. http://www.facebook.com/pages/0/184559744940365?sk=info


  Pastu salin kod @[184559744940365:PUT YOUR TEXT HERE] dan letakkan pada ruangan status atau komen anda.





  Pastu Ubah text 'PUT YOUR TEXT HERE' dengan ayat status atau komen korang. Tapi jangan ubah kod.



  Tengok contoh di bawah nie..



 Klik Share.



 Hasilnya text anda akan menjadi biru..



SIMPAN KOD UNTUK RUJUKAN !



Selamat Mencuba.. :-)





Selasa, Ogos 02, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan.. RAsanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan kepada semua walaupun hanya masih berbaki 29 hari lagi.. haha, baru sehari je berpuasa..

Pasti semua kenal ngan pakcik nie kan.. haha.. kalo munculnya hamba Allah nie kat kaca tv anda, maka ini adalah merupakan satu pertanda besar bahawa kite da nak puasa atau raya..Hm, Bulan Ramadhan nie merupakan bulan yang penuh keberkatan.. Jadi kat sini saya nak kongsikan la sedikit ilmu yang bermanfaat supaya sama-sama dapat kita hayati dan apply dalam kehidupan sepanjang bulan yang mulia ini.

   
PUASA MENGIKUT CARA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.
(HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: 

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur 
(HR: Muslim)


Rasulullah Menyegerakan Berbuka 

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. 

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: 

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: 

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: 

وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :
دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..
قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟
قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .
قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.




Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma 

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.




Tidur Qailulah

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.




Menjaga Lidah

Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: 

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.




Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

  1. Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).
  2. Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).


Doa Ketika Berbuka Puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...