Pergh dah lame tak mengupdate blog nie. Aku memang betul-betul ketandusan idea daa skrang nie..
~ececeh~~ bru jew buat blog, dan2 pulak ketandusan idea...haha..
Tgah tekun-tekun aku dok mengonlinekan diri kat facebook tadi, ntah camne tetibe aku bleh terserempak pulak ngan satu cerita nie.. mula2 memang malas nak baca cerita panjang2 kat fb nie.. Tapi semacam ada sesuatu yang mendorong aku baca cerita nie..
Cerita nie cerita teladan sebenarnya..
Jadi cubalah luangkan sedikit masa untuk membaca cerita nie kejap ea..
.........................................................................................................................................................................
Akhirnya lelaki tersebut membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam. Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali ? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini ? Kenapa aku ?"
Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun, dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu boleh tahu dia berada di pulau itu ?
Dia lantas bertanya kepada kapten itu : " Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu ?" Kapten kapal lalu menjawab : " Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan. "
والسلام
....................................................................................................................................................................
Pengajarannya : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan kepada kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaek untuk hambaNya. Boleh jadi, sesuatu yang kita pandang dan ertikan sebagai musibah pada hari ini itu adalah merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari. Pasti ada hikmah disebalik kejadian.
Beriman kepada Qada' & Qadar Allah merupakan salah satu daripada rukun iman. Kita perlu percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dengan cara itu, hati kita akan tenang dan tidak akan hadir prasangka buruk kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua mendapat kekuatan itu.
Jadi memang dah ditetapkanlah aku untuk membaca cerita tersebut pada hari nie.. Dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaek untuk hambanya dan aku sebagai hambaNya tak perlu ragu-ragu dan mempersoalkannya..
Harapannya, semoga ada iktibar yang boleh diambil daripada cerita nie :-)
~sekian~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan