Rabu, Jun 20, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus



       Ustaz Azhar Idrus, siapa yang tidak mengenali nama ini. Seorang pendakwah bebas yang digilai ramai golongan di Malaysia terutamanya golongan remaja yang dahagakan ilmu agama Islam. Namanya cukup gah sejajar dengan kehadiran yang mencecah puluhan ribu jemaah di setiap siri program kuliahnya. Pendekatan yang digunakan beliau dalam setiap kuliahnya telah menarik minat golongan tersebut. Kemampuannya untuk menjawab setiap soalan berkaitan agama secara spontan dan diselitkan dengan sedikit jenaka jelas berjaya menarik minat golongan muda ini untuk lebih mendalami agama. Kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya digunakan dengan sebaiknya sehinggakan ramai mat-mat rempit dan golongan remaja yang jauh daripada Islam kembali berminat untuk mendalaminya.




 Sering menjadi Fenomena kepada anak muda

  Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.  Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.





Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.



Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

  Seorang anak jati negeri Terengganu dan sentiasa bertutur dalam loghat negeri walau dimana sahaja beliau berkuliah. Walaupun kuliahnya dalam loghat Terengganu, namun kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua beliau berkuliah. Perkataan Jkk seringkali disebutnya lalu diiringi dengan gelak ketawa jemaah yang hadir juga menjadi ikutan. Fenomenanya yang bermula di Terengganu kini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak, Selangor dan seluruh semenanjung Malaysia. Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri-negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan.


Pernah menerima anugerah Tokoh Anak Muda



Bersama Sham Kamikaze

          Selain hadir solo, Ustaz Azhar juga turut tampil bersama selebriti jemputan dalam kuliahnya. Kesemua selebriti-selebriti ini tampil bersama dengan beliau secara sukarela bagi menarik lagi minat golongan muda mendekati agama Islam.  Antara selebriti yang pernah tampil bersamanya adalah, Zizan Rajalawak, Bob Lokman, Ali Terrarosa, Sham Kamikaze, Akhil Hayy, Arwah Bob Kuman, dan ramai lagi. Pernah mencipta fenomena kepada anak muda apabila membuat kemunculan bersama Zizan Rajalawak pada malam tahun baru di Shah Alam yang mana menyaksikan kehadiran hampir puluhan ribu jemaah. 



         Beliau juga aktif berdakwah secara maya iaitu melalui facebook. Page Ustaz Azhar Idrus (Original) nya sentiasa sibuk dan dipenuhi oleh soalan-soalan daripada pengguna facebook. Soalan yang ditanya kebanyakannya berkaitan dengan permasalahan agama masakini.  Selain boleh mengikuti kuliahnya di YouTube, Ustream dan ustazazhar.net, setiap soalan yang dijawabnya di facebook juga telah diprintscreen dan dikumpulkan di  Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus bagi mengelakkan jawapan terus tenggelam. Beliau yang juga mahir dalam bidang Fotografi turut mencetus fenomena dalam bidang itu apabila semakin ramai yang tampil memegang kamera sambil berjubah dan berkopiah sepertinya. 




         Walaupun menjadikan Pok Mang, wanita berhijab dan anak-anaknya sebagai model bagi mengantikan model-model yang tidak menutup aurat, hasil gambarnya cukup menarik. Mempunyai forum fotografi yang dikenali sebagai Digitalmukmin.com yang banyak membincangkan berkaitan fotografi dan diselitkan dengan ilmu agama. Beliau yang menggunakan kamera jenis DSLR Nikon D3 dan Leica tidak loket berkongsi ilmu berkaitan fotografi dan sering melakukan outing bersama para pengguna DSLR disetiap negeri semasa program jelajah kuliahnya. 


Beberapa keping gambar untuk tatapan..




Suasana ketika kuliah.. lagi gambar


Ditemuramah wartawan luar



Bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

  
Bersama Ali Terrarossa





Berganding bersama Ustaz Kazim




Bersama Ustaz Don


“Minatilah tokoh agama itu kerana dakwah dan ilmunya bukan kerana paras rupa dan ramai pengikutnya agar kita tidak taksud kepada makhluk. Wallahu’alam”







*Sumber gambar dari Facebook dan Google
*Lagi artikel tentang Ustaz Azhar Idrus

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...