Rabu, Jun 20, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus



       Ustaz Azhar Idrus, siapa yang tidak mengenali nama ini. Seorang pendakwah bebas yang digilai ramai golongan di Malaysia terutamanya golongan remaja yang dahagakan ilmu agama Islam. Namanya cukup gah sejajar dengan kehadiran yang mencecah puluhan ribu jemaah di setiap siri program kuliahnya. Pendekatan yang digunakan beliau dalam setiap kuliahnya telah menarik minat golongan tersebut. Kemampuannya untuk menjawab setiap soalan berkaitan agama secara spontan dan diselitkan dengan sedikit jenaka jelas berjaya menarik minat golongan muda ini untuk lebih mendalami agama. Kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya digunakan dengan sebaiknya sehinggakan ramai mat-mat rempit dan golongan remaja yang jauh daripada Islam kembali berminat untuk mendalaminya.




 Sering menjadi Fenomena kepada anak muda

  Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.  Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.





Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.



Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

  Seorang anak jati negeri Terengganu dan sentiasa bertutur dalam loghat negeri walau dimana sahaja beliau berkuliah. Walaupun kuliahnya dalam loghat Terengganu, namun kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua beliau berkuliah. Perkataan Jkk seringkali disebutnya lalu diiringi dengan gelak ketawa jemaah yang hadir juga menjadi ikutan. Fenomenanya yang bermula di Terengganu kini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak, Selangor dan seluruh semenanjung Malaysia. Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri-negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan.


Pernah menerima anugerah Tokoh Anak Muda



Bersama Sham Kamikaze

          Selain hadir solo, Ustaz Azhar juga turut tampil bersama selebriti jemputan dalam kuliahnya. Kesemua selebriti-selebriti ini tampil bersama dengan beliau secara sukarela bagi menarik lagi minat golongan muda mendekati agama Islam.  Antara selebriti yang pernah tampil bersamanya adalah, Zizan Rajalawak, Bob Lokman, Ali Terrarosa, Sham Kamikaze, Akhil Hayy, Arwah Bob Kuman, dan ramai lagi. Pernah mencipta fenomena kepada anak muda apabila membuat kemunculan bersama Zizan Rajalawak pada malam tahun baru di Shah Alam yang mana menyaksikan kehadiran hampir puluhan ribu jemaah. 



         Beliau juga aktif berdakwah secara maya iaitu melalui facebook. Page Ustaz Azhar Idrus (Original) nya sentiasa sibuk dan dipenuhi oleh soalan-soalan daripada pengguna facebook. Soalan yang ditanya kebanyakannya berkaitan dengan permasalahan agama masakini.  Selain boleh mengikuti kuliahnya di YouTube, Ustream dan ustazazhar.net, setiap soalan yang dijawabnya di facebook juga telah diprintscreen dan dikumpulkan di  Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus bagi mengelakkan jawapan terus tenggelam. Beliau yang juga mahir dalam bidang Fotografi turut mencetus fenomena dalam bidang itu apabila semakin ramai yang tampil memegang kamera sambil berjubah dan berkopiah sepertinya. 




         Walaupun menjadikan Pok Mang, wanita berhijab dan anak-anaknya sebagai model bagi mengantikan model-model yang tidak menutup aurat, hasil gambarnya cukup menarik. Mempunyai forum fotografi yang dikenali sebagai Digitalmukmin.com yang banyak membincangkan berkaitan fotografi dan diselitkan dengan ilmu agama. Beliau yang menggunakan kamera jenis DSLR Nikon D3 dan Leica tidak loket berkongsi ilmu berkaitan fotografi dan sering melakukan outing bersama para pengguna DSLR disetiap negeri semasa program jelajah kuliahnya. 


Beberapa keping gambar untuk tatapan..




Suasana ketika kuliah.. lagi gambar


Ditemuramah wartawan luar



Bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

  
Bersama Ali Terrarossa





Berganding bersama Ustaz Kazim




Bersama Ustaz Don


“Minatilah tokoh agama itu kerana dakwah dan ilmunya bukan kerana paras rupa dan ramai pengikutnya agar kita tidak taksud kepada makhluk. Wallahu’alam”







*Sumber gambar dari Facebook dan Google
*Lagi artikel tentang Ustaz Azhar Idrus

Selasa, Jun 19, 2012

‎7 Fakta Menarik Mengenai Menara Jam Makkah





Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.


Kalau korang nak tau ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.





Berikut merupakan fakta menarik mengenai Menara Jam Mekah:





1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.




2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.




3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).


4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.




5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.


6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.


7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).






Rabu, Mac 28, 2012

Kebesaran Kalimah Allah



Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.
Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:

فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.
Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:





Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:
“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.
“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.


Isnin, Januari 16, 2012

Perbandingan

.

Sekarang ni macam2 gaya n stail yg super cool  untuk bergambar yang boleh kita tengok.. biasanya digunakan untuk profile fesbok dan mana mana laman sosial yang seangkatan dengan nya.. baik lelaki atau pompuan.. sume ade gaya masing-masing kan.. hehehe.. jum tgok gambar.. gaya pompuan n lelaki..


~INI REALITI BUKAN ILUSI~


gaya perempuan 


ada betul ka?? wakaka
sabar2 gegurl :D


*****************************************************************************


jum usha cara orang lelaki pulak.. wakaka..
muka xpuas ati gurl dalam gambar nie.. trolololol :D





******************************************************************************



:-O
 macam betul je kan..
hahaha.. saboor je laa~




Ahad, Januari 15, 2012

Double Meaning

Pemeriksaan mata berkala anda bermula sekarang..


cantik bunga nie kan..


sbnarnya ade cerita d sebalik gambar nie..
pokok yg dalam gambar nie sebenarnya kwsan keras..
pernah ade orang nampak kelibat bayi kat kawasan pokok nie tau..
syyyeeerammmm..


so.. nampak sesuatu??


(o_o)


^_^


berfikiran terbukalah..


grrrrrrr





Ahad, November 06, 2011

Takbir Raya



Alhamdulillah, dapat bertemu lagi dengan raya korban pada tahun ini, cuma bezanya, tahun ini cume sambut hari raya di tempat orang,, biaselah anak dagang la katakan,, hehe..
Selagi jadi perantau, selagi tu la kena belajar duk jaoh-jaoh kan.. ok ! apa yang special ngan Raya Korban aka Raya Haji nie ek?? haa.. kalo nak cerita memang tersaaannngatlah banyak kan3..

Tapi kali nie nak cerita pasal takbir raya jer.. haa,, nak tao dak?? nak tunggu jawapan korang memang lambat lah kan.. nak kongsi ilmu sket dari ku yang x berape nak berilmu nih.. Raya AidilAdha kte bleh takbir raya selama 4 hari berbeza dengan Aidilfitri.. yelah, kan setiap kali nak wat korban kte digalakkan bertakbir..




soklan yang  sempat saya tanya pada Ustaz Azhar Idrus di Page beliau kat Fesbuk..
Alhamdulillah,, ade respon.. hehe



ok ! lafaz takbir raya,, mesti sume dah tahu kan camne.. tapi xpe,, alang-alang tuh, jum tengok dan bace lafaz takbir raya kat bawah nie k !


Teks Takbir 



Dan sama-samalah kita mendengar dan melaungkan Takbir Raya sempena dengan sambutan Hari Raya AidilAdha yang baru bermula pada hari ini..

 
 

Sekian saja untuk kali ini,, 

Salam Perantauan :: SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
selamat menjalani ibadah korban~

Sabtu, November 05, 2011

Diari KorbanKu .



Tadi
, suatu petang sebelum hari raya.. oh,, esok nak raya..
tapi ! tapi arghh ! tapi aku !! ah, masih di sini.. di negeri rantau orang.. jauh dari desa sendirik..
setelah boring kelepakan sorang2 dalam kebilikan.. warghh,, boring gilak..
tgah syok2 mengeliat.. "aik ! hoho, best nie !" aku ternampak kunci motor.. moto kawan, dye tingal kasi pinjam.. haha..

Terus aku capai kunci tu, ahh, takkan aku biarkan ia kesepian di situ.. sebelum hari bertambah gelap, sebelum ade yang lebih ramai nak pinjam, sebelum aku tersadung tidur sampai ke senja, sebelum raksasa datang nak pijak aku.. "eh ! ape lak nie??" arghh,, mimpi lagi.. "Cepat ! amik kunci tu !!" bentak jantung aku.. terus kunci itu kucapai.. bergegas ke arah moto yang setia menanti..



Motor yang setia menunggu di ruang parking yang tak berbumbung tu seakan mengerti perasaan aku.. "ya ! aku pasti kau pun boring duk kat sini.. meh aku bawak ko pegi jalan-jalan"  bisik aku pada side mirror sambil mengosok lembut kusyen nye.. (moto orang kene ramah sket beb, buatnye rosak, naye, hoho)



********************

Pukul 6 petang,, aku sampai balik masuk ke area ipg nie,, dah puas pergi maen pusing-pusing kawasan Yawata.. sejurus saja moto aku melalui jalan kecil untuk ke pintu pagar utama kolej, 

"eh, cam kenal lak"

ternampak aku pada tiga makhluk yang sedang tekun memanjat pagar ipg.. oh, rumate ngan classmate aku rupanya..  depa ni mesti nak p sewa kereta, sbb esok nak p beraya kat umah mentor kami.. nasib baeklah ade mentor yang menjadi keluarga kami di sini..hehe.

sambung..


Arghh,, biaring mereka dengan kerja nya... kuteruskan perjalanan yang masih berbaki untuk sampai ke blok kolej..  minyak motor kupulas sekuat mungkin.. mengcanang motor memkentutkan asap dari ekzosnya.. seusai saja melepasi pondok guard, tiba-tiba telinga aku dapat menangkap satu irama indah. dari kejauhan,, sayup-sayup kudengar suara itu..

laa, sape la pulak pasang takbir raya nie??
shahdu aku petang-petang nie..



**************************

Selesai park motor, aku berlari-lari anak menuju ke bilik.. ah akhirnya.. rilex sekejap tenang jiwa yang makin shahdu nie,, huhu,, "nampaknya beginilah episod aku tahun nie, beraya di perantauan" bisik ku dalam hati.

terasa macam nak online fesbuk.. ku kejutkan laptop dari sleep nya.. terus pantas jari menaip password .. tapi,, baru jer online.. arghh, stress aku.. tak ada cerita lain, semua pakat duk update status raya.. weii, raya esoklah bukan hari nie.. hadoi !! sedih esok la wei, simpan dulu..

***************************

selesai maghrib, ade sorang brader nie ajak pergi merayau membeli belah pulak.. beli belah raya katanya.. apalagi, aku memang suke buat kerja-kerja memcabar nie, menghabiskan duit.. terus follow.. seusai saja memghabiskan duit, kami keluar dengan muka tamak.. tapi.. err, tapi lagi..

"alamak ! hujan la pulak"

Oleh sebab kenderaan kami yang sememangnya sedia tidak beratap itu,, maka terpaksalah kami menunggu lagi sehingga reda hujan.. sepenggu aku di situ.. lagi sekali ! lagi sekali aku dengar takbir raya,, aduh, menusuk kalbu.. tatkala hujan dah sampai ke titik-titik akhir.. terus kami memecut kenderaan hikmat kami sekuat mungkin.. bagai diruntun taufan,, kami tetap membelah malam itu dengan tekun.. namun, suratan sudah tertulis.. lagi sekali aku dapat sampai ke bilik dengan jayanya.. yeahh !!

malam tuh, aku termenung sendirian dalam bilik sambil mengenang semua yang terjadi tadi.. Air mata aku tak mampu bertahan lagi.. mengalir deras seperti air terjun lata belatan yang xpernah berenti tuh.. air hidung apatah lagi,, aku yang sememangnya sedia selsema sepanjang study week nie.. arghh, aku dah korbankan satu yang berharga untuk raya korban kali nie.. cutiiiiiiiiiiii..

ak korbankan cuti untuk final exam kat sini..
first time beraya di perantauan~

:: begitulah cerita seorang sahabat yang diceritakan oleh sahabat kepada sahabatnya kepada aku..


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...