Jumaat, Mei 27, 2011

UiTM Kampus Puncak Alam !

Sekadar nak share gambar-gambar sekitar sebuah kampus nie..

UiTM Kampus Puncak Alam 


sebuah kampus yang tersmart dan terlatest aku rasa dalam kalangan-kalangan kampus UiTM nie...



pandangan dari atas tangga..




masa hujan..









sekitar fakulti.. tempat dewan kuliah..





dewan kuliah..
selain kuliah, juga tempat strategik untuk tidur,,hehe







kawasan sekitar kolej..
 kat sini kami duduk 2 orang je sebilik..





pusat kesihatan..
sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaek..hehe





OMS !! oh my stairs..
inilah dia tangga yang terkenal tu..
lebih kurang 200 anak tangga..





dari FSK 6 terus ke puncak..




Yang bawah nie pulak night vision..hehe












bawah nie gambar matahari nak naik pagi-pagi..
lokasi : belakang Angsana 5



Nilah kampus aku, letaknya masih di kawasan pedalaman yang giat membangun.. Masa mula-mula aku nak datang daftar sini dulu sampai sesat kot..haha.. Intake Julai 2010, intake ke2 masuk sini.. Baru lagi kod u nie !
hermm.. Menyimpan segala macam kenangan pahit, masam, manis, tawar n masin. tapi yang paling banyak manis laa...hehe :-)
Bernaung kat bawah Fakulti Sains Kesihatan.study kejururawatan, lebih senang dikenali sebagai nurse@misi.. Kat sini aku ada sebuah keluarga yang besar, keluarga HS110..  
Kelas kami ada lebih kurang 120 students.. Satu jumlah yang besar kan? Tp kat sini kami ibarat satu family.. Susah senang sama-sama..
  ~~Harap ukhuwah antara kami sume terus berkekalan..~~

Kat kampus ni jugaklah aku dilatih n ditauliahkan menjadi seorang Komander.. Aku akui, kehidupan sebagai seorang komander sangat berbeza berbanding dengan student lain.. Kami diajar untuk bekerja dibawah tekanan, jadi ketahanan jasmani dan mental perlu seiring.. Dengan xtvt yang lebih kepada ala tentera, sangat memerlukan kesabaran dan sokongan yang tinggi.. Hanya kepada Intake kami lah tempat untuk meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka. Segala perit jerih kami kongsi bersama untuk mengurangkan kesakitan, susah senang intake kami sama-sama rasai. Ya ! itulah semangat intake yang diterap dalam diri kami sepanjang LIBK. Mana-mana ahli yang down dan tergapai-gapai kelemasan, kami tolak keatas, pimpin tangan yang lesu, sama-sama support, sama-sama bagi semangat. Sepanjang menjadi komander junior, macam biasa laa, dengan kehangusan kulit dan asyik kene ehem2 je laa. Tapi balik bilik sume gelak-gelak balik, haha !!. Kami tahu itu hanyalah sebahagian drpd latihan untuk memantapkan kami. Ada orang tak suka, bermacm pandangan sinis dan kata-kata yang menyakitkan dilontar, Tapi diorang tahu ke apa jadi pada kami?? Kami yang dalam intake ni ketawa, menangis, jatuh, bangun semua sama2.. Bagai Aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. 
Jadi tiada halangan untuk aku tetap bangga dengan intake aku.. HIDUP INTAKE 45 !!  


"Rasulullah SAW bersabda : Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu anggota tubuh, satu bahagian sakit, yang lain akan turut merasakannya."


"SEMOGA INTAKE 45 TERUS GEMILANG"
"SEMOGA KOMPENI 'O' TERUS GAH"




                                                                                                           ~sekian~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...