Jumaat, Mei 27, 2011

Selamat tinggal Praktikal ~~



Hermm.. praktikal..
kenapa aku perlu praktikal? siapa aku?
sebenarnya aku ni seorang student nurse UiTM, so as a student nurse.. perghh ayat..
sebelum melakukan apa2 prosedur, mesti greet client dulu..
"Assalamualaikum/ selamat sejahtera, saya ____ student nurse UiTM, boleh saya tahu nama cik?" pastu bla3 cite la pasal prosedur yang kite nak buat.
Ooo cehh, dalam nursing ni setiap sem kami akan dihantar posting. Setelah belajar teori maka kami akan dipraktikalkanlah.. Tercampaklah kat mana-mana hospital yang terdekat..nasib badan masing2..

ilutrasi nurse UiTM


Maka terkisahlah aku pun dihantarlah posting kat  sebuah hospital nie.. koordinatnya dekat dengan ibu kota, kawasan hospital ni dulu aku rasa banyak pokok pandan kot.. pasaipa? sebabnya tempat dia mesti ada anama pandan kat depan, antaranya pandan indah n pandan mewah laa.. letaknya kat Pandan Mewah, jadi kalau dah letaknya kat Pandan Mewah mesti la Hospital Ampang. Ya ! hospital ampang, sebuah hosp. kerajaan. sebenarnya masuk ni dah dua kali aku dipostingkan kat sini..



Pertama jejak kaki kat hosp. ni dulu, jujurlaa aku cakap.. macam-macam perasaan ada, yang banyaknya takut laa.. first time praktikal la katakan, haha.. tapi semua perasaan tu hilang bila masuk je lobi hospital.. serta merta aku bermonolog dalaman "haishh, ni spital ke hotel?."   Tapiii....
ni sah-sah la hospital sebab dah besar-besar dye tulis HOSPITAL AMPANG !.. lagi satu masa aku masuk tadi mana ada penyambut tetamu pun..hehe

Rutin harian kalo shif pagi, sebelum ayam BlackJeepSu berkokok dah kena bangun dah, mana taknya pukul 5.30a.m aeroplane akan berlepas dari Puncak Alam.. sesampai je terus pegi sembahyang subuh, pastu masuk wad, ambik report (tp x pernah pun aku ambik ngan betul..hehe) sambung pulak ngan bed making, observation, yang menyayat hati skit gak kne wat BO jelaa.. tp yang penting niat kita nak tolong orang.. Sume2 ni akan menjadi kenangan pd aku, sebabnya minggu ni last praktikal kat sini.. hermm..

Jadi gue nak ucapkan bebanyak terima kasihlah kat sume2 staf-staf hosp ni, khususnya staf 6D n 5B.. akak2 nurse,sister,matron, mahupun radicare.. Juga selamat maju jaya kat warga grup praktikal aku yang sememangnya terbaek dari ladang nie.. Lieyana yana, Miy n You, Tihal Slumberz, Tg Ainul, geng baru Afifah n de last wan Izzuddin Wan Ismail a.k.a bobo a.k.a class rep..

                                                                    guess who??


Potret kenangan kat wad 6D ---->



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...